Monday, December 31, 2018

Motor skuter tak boleh jalan

Gambar belt
belting 


Motor skuter memang mudah dan sedap naik,pulas saja minyak terus  jalan dan tak perlu ribut tukar masuk gear.Pada saya motor skuter memang best sebagai motor pergi kerja di bandar pesat banyak kenderaan,untuk ke pasar pun terbaik sebab banyak barang boleh muat.

Jika anda mahu beli motor baru untuk kegunaan harian saya syorkan belilah sebiji skuter dan anda akan puas hati.

Ok,persoalaannya adakah motor scooter   tak cerewet dari segi penyelenggaraan kondisinya.Pada saya ia sama sahaja seperti motor biasa guna gear,tak ada beza.Setiap bulan anda perlu ke bengkel untuk membuat pemeriksaan kondisi motor itu bagi memastikan ia kekal sihat.Minyak hitam,plug,air bateri,servis penapis angin adalah perlu dipantau setiap bulan,semudah itu sahaja.

Macam mana dari segi ketahanan,adakah skuter lebih tahan dari motor manual?

Saya berpendapat ia bergantung kepada cara guna motor oleh si pemakai dan selain itu adalah kualiti motor itu.Kalau si pemakai agak kasar caranya maka lebih cepat rosak la motor itu,saya juga selalu perhatikan pemilik skuter memang suka perah minyak( throttle) mengejut mungkin asyik dengan pick up motor skuter yang best itu.Apa kesannya dengan cara tunggangan seperti itu?

Motor perah minyak tak boleh jalan


Skuter adalah motor dengan enjin automatik dan ia tidak menggunakan rantai dan sprocket seperti mana motor manual tapi pasti ia mempunyai tranmisi untuk bergerak/jalan.

Sistem belting pada skuter cukup lancar semasa menunggang dan ia juga lebih senyap dari sistem gegancu(sprocket).Jika sprocket sudah haus bermakna pemilik perlu menggantikannya dan begitu juga dengan belt(tali sawat) perlulah diganti apabila sampai waktunya.

Selain belt beberapa barangan sokongan lain seperti bola pulley, rumah pulley serta auto belt perlu diperiksa jika berlaku haus(rosak) juga diganti baru.Tapi barangan ini tidak
semestinya wajib ganti,hanya jika perlu.Kos menukar belting skuter berserta barangan disebut dalam anggaran  MYR 300 kebawah.Memang mahal kann..berbanding rantai sprocket,MYR 50 kebawah untuk satu set.Harga tukar rantai sprocket adalah jauh lebih jimat berbanding menukar belt lengkap.

Gambar pulley belt scooter
Roller pulley 


Seperti tajuk hari ini motor perah minyak tak boleh jalan itu adalah tanda menunjukkan belting skuter anda sudah putus.Punca belt putus disebabkan tempoh penukarannya dilanjutkan ertinya sudah terlalu lama digunakan.

Selalunya kita dapat kesan lebih awal sebelum masalah ini berlaku iaitu enjin  berbunyi semasa berjalan.Sebaiknya sewaktu itu perlu disegerakan membuat pemeriksaan lanjut di bengkel.Itu adalah lebih baik sebelum anda menolak skuter sebab tak boleh jalan di tepi highway.

Di mana tempat belt pada skuter?


Ok,saya tunjukan kepada anda di mana tempat /lokasi drive belt pada motor skuter anda.Lihat gambar di bawah ini.


Gambar lokasi belt skuter



Tak ada masalah jika memiliki skuter sebagai motor tunggangan harian ia tidaklah membabitkan penyelenggaraan begitu tinggi jika ia diselenggara mengikut jadual yang betul.Servis awal boleh menyelamatkan kerosakan total dan menjimatkan belanja pemilik.

Berpadanan jika saya katakan jika kita belanja MYR 120 untuk menukar belt sahaja dalam tempoh masa 6 bulan(20km/hari) atau lebih.Dengan jarak waktu tukar yang lama sudah tentu dikira jimat bukan.

Cakap Pomen Motor " tunggang dengan cermat untuk elak kerosakan total,jangan tunggu motor skuter anda tak boleh jalan baru mahu tukar belt..:p
wassalam.."

Minyak hitam synthetic

Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya


Mengenai minyak hitam synthetic sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka..

Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini.

Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunakan 90% minyak bumi dan 10% adalah ubat(addictive).Minyak semi-synthetic juga berbeza di antara keduanya iaitu menggunakan 30% bahan synthetic dan 70% mineral.

Apapun yang jelas minyak mineral adalah paling banyak digunakan untuk motor kerana harga yang menjimatkan berbanding synthetic berlipat ganda perlu dibayar untuk satu liter botol minyak.Harus tahu minyak motor mineral adalah masih kasar(komponen zarah) pembuatannya,hanya sekadar minyak  jadi minyak ini sesuai untuk enjin lama yang bergerak perlahan tanpa prestasi cermerlang yang dituntut oleh sebuah enjin yang sentiasa berkerja keras atau pada sebuah enjin moden
yang berkelajuan tinggi.Terciptanya minyak hitam synthetic asal adalah kerana kekurangan minyak bumi di negara tertentu jadi untuk memenuhi permintaan mereka telah mereka cipta di makmal terdahulu dengan kerja  mengekstrak dan campuran bahan kimia untuk menjadikan ia sejenis minyak yang begitu halus,bersih dengan prestasi begitu menkagumkan.

Kelebihan minyak synthetic 


Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik - dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan dalam ujian dan itulah antara kelebihan minyak hitam synthetic.

Indeks yang tinggi di atas 180 pada minyak synthetic adalah sifat asalnya menjadikan ia kadang kala tidak perlukan penambahan ubat   sepertimana minyak mineral dengan indeks di bawah 120.

Setiap minyak hitam akan berlaku perubahan kelikatan pada suhu semakin panas,ia mula berubah dari pekat kepada cair.Jika minyak itu lebih cepat berubah bermakna ia mempunyai kadar indeks yang rendah dan sebalik berlaku jika dengan kadar indeks
yang tinggi seperti minyak synthetic.

Solusi untuk mengatasi masalah itu,sedikit sedikit impruvasi pada indeks dibuat dengan bahan dinamakan Viscosity Index Improver (Vii).Kekurangan minyak dengan Vii yang tinggi pula adalah ia merosot dalam beberapa tempoh waktu diguna pakai.Kelebihan lagi untuk minyak synthetic yang kekal lebih lama penggunaannya,bermakna waktu tukar minyak turut dilanjutkan.


Ciri minyak synthetic 


Minyak hitam dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza ciri pembembuatannya.Di sini juga menentukan sama ada minyak itu adalah minyak mineral,semi-synthetic atau full synthetic atau fully -synthetic

Kumpulan 1,2 adalah minyak mineral iaitu paling jimat harga serta paling popular digunakan pakai pada kenderaan komersil.Kumpulan 3 ialah minyak mineral berprestasi tinggi dengan pembaikan.Kadang-kala minyak ini juga dilebal pada botol sebagai minyak synthetic pada negara tertentu.Ini adalah kerana terdapat pencanggahan diantara komponi pengeluar minyak hitam pada suatu masa dahulu.Kumpulan 4,5 ini ialah minyak betul-betul synthetic 'full synthetic'.5 menggunakan bahan kimia ester dan 4 menggunakan Polyalphaolefin(PAO).Saya percaya minyak motul ada menggunakan ester.Pennzoil pula dikatakan di antara minyak synthetic terbaik dengan menemui formula mengekstrak dari gas asli.


Oleh kerana pencanggahan pada kumpulan 3 itu dengan minyak full synthetic maka timbul keraguan yang mana satu minyak 100% synthetic dan apakah ciri
perbezaannya?.

Mineral +additive
 =mineral atau full synthetic

Synthetic(PAO,ester)+additive
=100% synthetic

Tidak ada yang menjamin yang mana satu 100% minyak hitam synthetic,ia terserah kepada komponi pengeluar jika mahu melebalkan sebagai 100% synthetic atau full synthetic yang dilabel pada botol.SAE,Api atau JASO hanya menjalankan ujian dan memberi gred kelikatantidak pedulikan unsur digunakan samada asas minyak bumi atau synthetic.

Pakej Servis motor,mekanik buat apa?

Gambar servis motor


Mungkin anda pernah dengar
perkataan servis karburator ataupun servis enjin tapi bagaimana pula dimaksudkan dengan servis motor  berpakej? 



Selain menukar minyak enjin serta plug,anda juga boleh memilih untuk membuat servis motor anda pada waktu yang sama.Terdapat 2 jenis servis dengan pakej berbeza yang boleh anda pilih samada servis biasa atau full servis.

Kepentingan membuat servis sebenarnya adalah untuk mengembalikan kesehatan motor yang telah digunakan supaya mencapai standard asal keluarannya.Tapi jangan mengharapkan lebih,mengharapkan motor lebih laju seumpamanya kerana itu ialah kerja menaiktaraf (upgrade) motor.Servis motor boleh di ertikan sebagai satu langkah kerja membuat pemeriksaan pada bahagian tertentu pada motor bergantung kepada jenis servis yang anda pilih ,jika terdapat kerosakan
maka mekanik akan memperbaikinya atau menukar alatganti lain dan anda akan dikenakan caj bayaran lain ke atasnya selain kos servis.

Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh mekanik semasa servis motor adalah terbahagi kepada 2 pakej iaitu servis biasa dan full servis.Cara membuatnya pula terpulang kepada jenis enjin pula samada enjin jenis 4-lejang atau 2-lejang.

Pakej servis motor 4-lejang(stroke)


Servis biasa;


  • Servis karburator
  • Servis/tukar penapis udara tukar
  • Tukar minyak enjin
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar



Full Servis;

Semua item pada servis biasa dan pakej tambahan;


  • Cuci kepala piston
  • Cuci Head Cylinder 
  • Grind Valve 
  • Laras Tappet
4-stroke ">

Apabila anda memilih membuat full Servis ia adalah termasuk membuat Top Overhaul.Full servis tidak digalakkan dibuat pada motor baru atau kondisi masih baik sebaliknya dibuat pada motor yang agak berusia dan telah kehilangan kuasa.Disini mekanik dapat kesan kondisi  barangan dalaman enjin samada masih boleh digunakan atau perlu digantikan baru.Tapi ia terpulang atas kemahuan anda
mengikut 'bajet' yang ada :)


Servis motor 2-lejang


Servis biasa;


  • Cuci karburator 
  • Cuci silencer ekzos
  • Cuci air filter/tukar
  • Tukar minyak  enjin 
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar


Tiada perbezaan di antara servis biasa untuk motor 4-lejang dengan 2-lejang kecuali
satu kerja tambahan iaitu pada bahagian silencer ekzos.
Kita lihat pula kerja yang dibuat bila anda memilih membuat full servis

Servis penuh/full servis;


  • Semua kerja pada servis biasa
  • Membersihkan kepala silinder(piston) 
  • Servis blok
  • Buang karbon Ekzos
Gambar servis motor 2-stroke


Item-item didalam pakej servis motor untuk 4-lejang ataupun 2-lejang boleh ditambah atau ditolak berpandukan apa yang mekanik syorkan.

Bagaimana dengan servis percuma?


Servis motor percuma adalah bermaksud mekanik tidak akan mengenakan sebarang bayaran ke atas kerja yang telah dibuat melainkan hanya barangan  yang ditukar perlu dibayar(harga jualan) contohnya minyak enjin,plug serta gasket.Jika harga jualan minyak enjin ialah RM20 maka itulah kos yang anda perlu bayar,tidak ada tambahan RM 2 sebagai upah tukar.. :)

Biasanya servis percuma diperolehi beberapa kali  jika anda sebagai pembeli motor baru.Ia dikira saguhati dari kedai jual motor tersebut dan anda mungkin perolehi servis percuma sebanyak 2 kali di situ.Kadang juga terdapat servis percuma di mana adanya promosi jualan barangan motor atau pameran motor misalnya daripada pihak bengkel tertentu.Kebanyakan pakej servis percuma adalah jenis servis biasa bukan full service.

Manfaat selepas membuat servis 


Jika semua kerja dibuat sempurna pastinya selepas motor di servis anda akan mendapati perbezaan,motor anda lebih 'segar',perjalan lebih lancar dan kembali seperti bertenaga mengikut standard asalnya.Manfaat lain membuat servis (full service  ) ialah anda dapat mengesan dari awal berkemungkinan telah menimpa pada motor anda tanpa disedari (elak kerosakan lebih berat berlaku).


Kekerapan membuat servis 


Kekerapan membuat servis bergantung kepada faktor berapa jauh perjalanan anda lalui atau juga di atas faktor keadaan jalanraya yang kerap dilalui,contohnya anda kerap melalui jalanraya agak berdebu maka adalah lebih kerap anda dituntut menservis motornya.

Kadang anda tidak perlu menunggu waktu sama dengan waktu menukar minyak enjin,anda boleh buat lebih lebih awal jika dirasakan perlu.Soal minyak adalah salah satu item dalam pakej servis tidak menjadi halangan,ia boleh di tolak (ditangguh tukar).Begitu juga dengan item-item  yang lain.

Timing chain motor berbunyi perlu tukar segera

Cerita tentang kesan enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur dan kesannya kepada motor 


Cakap Pomen Motor-Fungsinya timing chain(rantai kecik) ialah untuk perhubungan antara Chamshaft dengan Crankshaft.Chamshaft sebagai komponen pengawal injap masuk dan buka(untuk motor 4-stroke) akan mengikut putaran Crankshaft seperti mana bekerja rantai dan sprocket motor.Perbezaan cara kerja timing chain berbanding rantai sprocket ialah apabila saat ia kendur.Rantai sprocket boleh diregangkan secara manual manakala timing chain enjin motor menggunakan penyelarasan secara automatik dengan alat disebut Tensioner.

Malangnya jika alat pelaras itu tidak lagi mampu berfungsi setelah keadaan timing chain sudah terlalu panjang.Keadaan ini kita dapat kesan apabila enjin motor itu mengeluarkan bunyi bising seperti benda bergesel.Jalan penyelesaian untuk memperbaiki masalah enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur/longgar dengan menukar kepada timing chain baru.

Pentingkah menukar timing chain yang rosak?


Ya memang penting!.lagi kita perlu awasi timing chain ini kerana seperti yang saya cakap tadi,pada sebuah enjin 4-stroke ia adalah alat perhubungan antara crankshaft dengan Chamshaft.Koneksi ini ialah untuk menentukan masa minyak petrol diambil masuk,dibakar dibuang sisanya mengikut aturan lejang yang telah ditetapkan untuk membolehkan enjin hidup.

Jadi apabila berkeadaan kendur ini membuatkan aturan pembakaran enjin sudah sedikit lari dari standardnya lalu sedikit sebanyak ada kesannya pada perjalanan enjin.Oleh itu segeralah menukar timing chain yang sudah rosak sebelum ia mengganggu tunggangan anda.

Timing putus


Kalau rantai spoket boleh putus begitu juga dengan timing chain,tapi cuma peratusan kejadian timing chain motor putus amat kecil.Apapun timing chain kendur jika dibiarkan adalah berisiko untuk ia putus dan kesannya akan membawa kerosakan serius pada enjin.

Timing chain bunyi minyak hitam tak naik


Ada beberapa jenis enjin yang gunakan timing chain sebagai alat untuk menggerakkan pam minyak hitam seperti dilihat pada enjin Honda c70 atau ex5.Pada situasi timing chain mula mengeluarkan bunyi ia adalah merupakan satu amaran kepada tuan empunya motor itu untuk membuat pemerikaaan serta menggantikan timing chain yang sudah rosak itu.Sebabnya timing chain berbunyi kuat akan berserta sekali dengan kerosakan Oil Pump Gear.Kerosakan alat ini akan menyebabkan minyak hitam tak mengalir kesemua bahagian enjin seperti yang sepatutnya,pomen sebut 'minyak hitam tak naik',dan salah satu punca enjin jammed(kejang) adalah berpunca dari permasalahan aliran minyak hitam.

Gambar timing chain ex5

Awasi timing chain motor anda


Jadi itulah betapa penting untuk kita awasi dan prihatin jika enjin berbunyi khasnya disini melibatkan timing chain kerana ia akan melibatkan permasalahan berjangkit,macam wabak jugalah..:)

Waktu tukar timing chain motor tidak diberitahu didalam buku panduan motor tapi tipsnya bila enjin mula berbunyi seperti yang diterangkan terus saja buat pemeriksaan di bengkel.

Jangan dilengah-lengahkan ya..untuk menyelamatkan daripada ia menjadikan kerosakan lebih serius pada enjin motor anda.Jangka hayat timing chain asal motor agak lama juga,boleh digunakan mencapai 3 ke 4 tahun tapi setelah sekali membuat penukaran,1 tahun mendatang anda terpaksa menukarnya lagi.Ini berkaitan kualiti alatganti itu sendiri,jadi saya syorkan gunakan timing chain set original.

Tukar mentol lampu motor depan belakang

Cara Tukar mentol lampu motor Honda ex5 depan belakang


Belajar lagi perkara asas dalam kerja mekanik motor iaitu cara tukar mentol lampu motor ex5.Oleh kerana perkara ini agak 'simple' jadi saya bawakan kepada anda dalam bentuk sketsa.Ok,mari kita perlajari cara menukar mentol lampu untuk gantikan mentol mati atau yang dah bakar tu.

Taukey: ' pomen kau tukar mentol lampu  motor ex5 tu depan belakang boleh?'

Pomen:' macamana cara tukar mentol chief?'

Taukey:' begini teknik dia..nak tukar lampu depan kau ambil skru driver dan kau buka 2 biji skru tepi lampu tu.hah,buka dulu aku nak tengok'.

Gambar lampu depan ex5


Pomen:' OK chief, saya cuba buat'.

Krek..krek..krek..hampir  5 minit pomen aku belum berjaya lagi buka lampu depan motor ex5 tu.


Taukey:' ada masalah ke pomen?'

Pomen:' tak boleh bukalah Chief,ketat sangat skru ni ha'

Taukey:' mari aku tengok..skru lampu depan ex5 ni memang selalu bermasalah..kau perlu berhati-hati,kalau tak guna spana yang baik boleh 'lus' skru ni tau..'

Pomen:' jadi macamana nak buka skru yang ketat ni Chief?'

Taukey:' begini caranya..gunakan spana T 8' dengan mata impact driver yang halus tajam.Cuba kau buat..Nanti! Ketuk sikit mata tu bagi dia rapat sikit kalau tak lus nanti'

Gambar spanar
Mata impact dan spanar T 8'




Dalam kurang 3 saat pomen telah berjaya membuka lampu depan ex5 tu

Gambar cara buka lampu ex5


Pomen:' OK chief ,langkah selanjutnya Chief?'

Taukey:' apa lagi bukalah socket mentol ni..kau tekan dulu dan kau pusing socket arah lawan jam.nanti masa nak pasang menthol kau buat macam ni jua cuma pusing ikut jam' 

Gambar buka lampu motor


Setelah dicabut mentol dan ditukar dengan baru sekarang tibalah masa nak pasang mentol baru

Pomen:' chief ,mentol ni masuk macam ni kan?'

Gambar mentol


Taukey:' ya,betul la tu.lepas kau pasang socket mentol tu cuba hidupkan enjin test lampu menyala atau tak'

Pomen:' OK chief. Lampu menyala terang atas bawah chief . Dah boleh tutup balik kan chief '

Taukey:' ya..lepas tu tukar mentol lampu belakang pulak.sama juga caranya'

Gambar lampu belakang
Lampu belakang ex5



Pomen:' i..i.. Chief'

Gambar lampu belakang
Perbezaan mentol depan dan belakang


Selesai sudah kerja tukar lampu motor Honda ex5.Sekian belajar baiki motor untuk kali ini Tukar Mentol Lampu Motor Depan Belakang..bersambung kita bab akan datang dengan tajuk baru..insyallah

Motor traffic light mati

Masalah motor perlahan mati


Salam pembaca,

Cakap pomen hari ini ialah mengenai masalah motor perlahan mati atau tak ada timing,tapi saya suka sebut motor traffic light mati.Mana-mana saja lah asalkan faham sudah..Ok ,jadi apa masalah yang dihadapi pada motor kita sebenarnya dan macamana cara atasinya.

Tentunya ada beberapa masalah yang telah berlaku,mungkin juga kerosakan.Biasanya pada motosikal standard yang tak bermasalah,kita tak perlu main minyak semasa berhenti di trafik light.kita boleh lepas je pemulas minyak tu,betul tak!

Contoh kita naik motor ex5,jalan semua ok tapi bila sampai je di trafik light, perlahan minyak..pup! tiba-tiba enjin mati.Alamak! Problem apa pulak ni haa..



OK disini kemungkinan utama ialah timing karburator terlalu rendah.Jadi cuba anda pusingkan skru timing pada karburator tu tinggikan sikit timingnya.Senang je kalau motor ex5,tundukkan kepala anda dan tengok pada lubang cover putih sebelah kanan motor.Anda boleh nampak karburator dekat situ.Tahukan mana satu skru timing kan...!
Ok dah tahu,pusingkan skru tu ikut jam.Pulas dengan tangan je,kalau ketat pakai skru driver bunga.Pulas skru tu sampai enjin tak mati lagi semasa timing.Amacam ok tak?
Tak OK!..ada masalah lain pulak?
Jika timbul masalah lain pulak selepas ejas timing seperti motor lambat turun minyak semacam minyak sangkut,itu bermakna motor tu perlu periksa lebih teliti.

Langkah 1- ialah sila tukar palam pencucuh.

Langkah 2- servis karburator terlebih dahulu.

langkah 3-periksa sistem nyalaan

Langkah 4-buat top overhaul dan valve grinding

Langkah 5-Hubungi saya.

Itu saja langkah-langkah menyelesaikan motor traffic light mati.Semoga ia dapat menyelesaikan masalah motor anda hari ini.
-sekian-

motosikal 2t campur petrol


gambar 2t

Jumlah  campuran minyak 2t kepada petrol untuk motosikal dua lejang


Kepada pengguna motosikal 2 lejang standard jalanan bolehlah rujuk kepada pengeluar tentang sukatan  campuran minyak 2t.Jumlah  campur 2t kepada petrol yang ideal ialah 32:1 atau 40:1.

32:1 bermaksud 32 ml minyak 2t untuk 1 liter petrol lebih kering dari  40:1.

Tiba-tiba saja 2t pump rosak mahu digantikan baru,harga pun boleh tahan mahal..jadi penyelesaiannya untuk sementara waktu terpaksalah tambah terus kedalam tangki minyak petrol (2t bancuh).Akan tetapi tak boleh sesuka hati campur kedalam tangki perlu tahu juga sukatan yang betul kalau tidak mendatangkan masalah motor pula.

Sebenarnya jumlah 2t yang perlu diisi untuk 1 liter petrol bergantung kepada keperluan sesebuah enjin,jika motor anda masih dalam ketagori standard,30:1 atau 40:1 adalah pilihan.

Cara tunggangan anda  juga akan membawa kesan,Jika anda sentiasa bawa motor pada kelajuan tinggi maka campuran yang lebih diperlukan dan kalau masa tunggangan anda banyak dihabiskan di laluan trafik sesak eloklah dikurangkan campurannya supaya lebih memberi penjimatan penggunaan 2t selain ia lebih elok untuk jangkahayat spark plug.Jangan lupa kesian juga orang kat belakang anda semasa di traffic light..:)


Langkahnya sebelum anda campur 2t dengan petrol didalam bekas bancuhan lihat dulu kesan 2t kurang atau 2t besar kepada enjin motor kita.Ini pengetahuan asas yang saya kongsikan..


Motor 2t (dua  lejang) ekzos mesti berasap kalau tak berasap itu petanda minyak 2t kurang,habis atau ada masalah lain.Pertama sekali sebelum jalan kepada sesiapa yang menggunakan motor 2 lejang ialah perhatikan ada asap keluar dari ekzos.Secara normalnya enjin sejuk asap lebih banyak kelihatan dan selepas enjin mula panas ia mula berkurangan.

Ingat! risiko berjalan jika ekzosnya tak berasap ialah 'motor jem'.Ini terjadi disebabkan 2t terlalu sedikit sampai kedalam enjin atau langsung tak ada.Bearing,rod,piston tidak mempunyai pelincir untuk perlindungan suhu panas enjin.

Keadaan pula berbeza berlaku apabila minyak 2t terlampau besar,walaupun tidak membawa kerosakan yang besar ia turut memberi ganguan kepada enjin motosikal itu.

Motosikal jadi 'bobok' , kurang power seterusnya kepada masalah 'plug basah'.Akhirnya anda terpaksa tolak motor ketepi jalan.

kesan tukar minyak 2t


Minyak 2t dari pengeluar berbeza semestinya juga ada kelainan dari segi bahan pembuatannya.Contoh sebelum ini kita menggunakan 2t mineral  dari
pengeluar A dan disebabkan hal tertentu kita telah menukar kepada 2t mineral  pengeluar B.

Jangan terkejut tiba-tiba motor kita berasap lebih banyak hari ini,ini adalah kemungkinan besar berlaku.

Bertukar spec minyak juga sama halnya.Setelah beralih kepada 2t sintetik kini asap kelihatan berkurangan..perlukah dibesarkan nisbah 2t?

'low smoke' 2t oli seperti 2t semi-sintetik atau full-synthetic oil memberi kelebihan untuk prestasi enjin. Ejin dapat bergerak lancar dan kuasa enjin pun terus dapat dipertingkatkan  kerana 2t dapat digunakan lebih banyak tanpa membawa masalah plug..walaupun belanja lebih besar..:)

Setting= petrol+2t+udara lebih 'rich' baik untuk piston-ring.Gas bahan bakar kurang lolos dari kebuk pembakaran.

Cara besar kecilkan 2t motor standard


Ok,terlanjur bercakap tentang 2t saya mahu tunjukkan cara besarkan atau kecilkan(melaras) 2t motor 2 lejang standard.

Perkara pertama pastikan di mana lokasi 2t pump motor itu terlebih dahulu.Saya ambil contoh motor Yamaha 125z;

lokasinya ialah disebelah engine clutch cover,atas.Cari kabel 2tnya terlebih dahulu..sudah jumpa seperti dalam gambar dibawah


gambar  Cara besar kecilkan 2t motor standard


Gunakan 2 spanar bersesuaian mengikut saiz nut itu dan longgarkan.
gambar cara melaras minyak 2t

Sekarang pulas naik nut ke atas beberapa laras untuk besarkan 2t yang dikhendaki dan kunci balik sebagaimana asal nut tadi.Maknanya gabungkan 2 nut tadi balik pada kedudukan yang dilaras tadi dan kunci.Semudah itu saja.

lihat video bawah jika tersedia

video

Sekarang anda sudah besarkan 2t motor anda dengan beberapa langkah saja.Lihat asap yang keluar pasti akan lebih banyak..:)

Sekian dulu artikel tentang motosikal 2t campur petrol pada kali ini.Cakap Pomen Motor akan kembali bersama anda pada isu pengguna motor yang berlainan pula pada kesempatan lain..insyallah.

Tips membeli motor second hand ringkas

tips ringkas cara beli motor lama@second hand supaya tidak rugi


Sempena musim hujan ini baikimotor.com akan terbitkan lebih sikit artikel jadi yang tak boleh keluar tu takut basah bolehla rileks baca berkenaan Tips Membeli Motor Second Hand@motor lama yang terpakai.

Artikel pendek ini ditujukan khas buat anda yang berhajat membeli sebuah motor dari kawan ke atau dari orang lain.Mahu tanya sebelum saya bagi tips..,Apa yang anda lihat jika mahu beli motor second ni,dari segi apa yang dilihat?

Gambar motor lama vespa

Saya pasti yang pertamanya tawaran harga yang mampu dibeli,nombor 2 apa ya..?

Saya sarankan beli motor yang boleh jalan.Tapi boleh di abaikan jika motor yang bakal dibeli tu motor idaman sejak dulu lagi..tak ada stock dah..beli saja jika sudah bekenan..enjin tak boleh hidup tak kisah bukan boleh hantar repair nanti..ya,terserah jika sudah berkenan

Bagaimana jika kita bertujuan untuk buat pergi balik kerja saja dan tak kisah jenis motor apa pun..'bajet' pun kurang dan apa caranya supaya kita tak 'terkena' nanti..beli motor second tapi harga jadi macam beli motor baru

Ciri yang dilihat pada motor lama yang bakal dibeli supaya tidak merugikan


Baikimotor.com memberi sedikit tips yang mungkin agak berguna untuk anda supaya anda tidak membuat pembelian yang merugikan.

*Artikel ini diterbitkan kerana pertanyaan dari beberapa sahabat dan mungkin juga solusi yang dicari anda sebelum membeli motor bekas@second hand

1.Motor ada geran

2.Body motor tak bengkok.Body/suspensis ini saya letak yang utama,sebabnya enjin 'best' macam mana pun kalau body bengkok..habis.
Bawa nanti tak sedap dan bahaya ketika di selekoh atau semasa menunggang laju..bahaya jangan dicari

Macam mana cara melihat body motor ok ke tak?..ringkas saja,yang pertama lihat dengan mata sendiri pastikan tayar belakang nampak lurus dengan tayar depan..luruskan tayar depan dulu..

Ke-2 cuba sendiri naik adakah rasa motor tu macam ketam jalan..

3...mahu cuba motor mesti enjin boleh hidup dulu,itulah yang saya sebutkan diawalan tadi..belilah motor lama enjin hidup,biar bunyi 'gerabak keretapi' pun tak mengapa asal boleh jalan dulu

Jika mahu diperhalusi pula faktor pemilihan dari segi enjin ini ialah kena tahu dulu ciri-ciri motor rosak .

Ok,sudah tahu bukan,jadi bolehlah buat kira-kira dengan harga motor second yang ditawarkan itu dengan kos buat Overhaul enjin..rugi atau untung? Itu saja..kalau rosak sikit-sikit tu boleh dipertimbangkan,nanti repair..bulan depan sikit lain bulan sikit..apa macam?



Cakap Pomen Motor " ..sekian dulu untuk tips membeli motor second hand ini,selanjutnya jika kekurangan sila lah komen untuk padatkan info artikel ini..terima kasih,jumpa lagi..tunggang cermat".

Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai

Salam pengguna motor.. Biasa kalau anda isi angin tayar motor berapa sukatan angin yang di isi atau pun tak pernah isi angin tayar motor sendiri?..:p

Kalau tak pernah baik pelajari sesuatu pada hari ini.Adapun isi angin tayar motor sendiri bukanlah hal yang sulit dipelajari,saya rasa cukup dengan membaca tulisan hari ini Berapa Sukatan Angin Tayar Motor kapcai Yang Sesuai anda langsung saja dapat memahami dan boleh terus praktis tanpa masalah.

Sukatan Kandungan angin tayar yang sesuai pada motor kapcai(125cc ke bawah),motor skuter ,moped 150 ke bawah berat badan motor sekitar 110kg ke bawah boleh la ikuti panduan dibawah

Tayar belakang 21-30psi
Tayar depan 15-30psi

Apapun ia mengambil kira juga berat badan penunggang bersekali muatan barang.Apabila ada perubahan ini boleh la dikurangkan atau ditambahkan angin tayar motor itu.2 hal yang penting kenapa perlunya mengambil kira sukatan angin tayar sebelum motor digunakan ialah kepada faktor keselesaan dan juga keselamatan anda ketika menunggang motor.Pada saya,jika menunggang secara berseorangan sukatan angin tayar depan motor saya isikan sekitar 16psi dan pada tayar belakang diisi pula sebanyak 26psi
Ini lebih memberi keselesaan ketika melalui jalan-jalan berlopak,berbatuan kecil atau berbonggol.Masalah yang mengganggu apabila angin tayar terlebih pada permukaan jalan yang disebutkan diatas ia akan mengakibatkan gegaran atau lantunan yang kasar pada motor dan ini amat tidak selesa bagi saya.Nasib baik juga saya menggunakan motor retro buatan Jepun jika pada model motor kebanyakkan zaman sekarang,saya rasa berteraburan la skru-skru coverset di atas jalan..haha..

Itu adalah masalah yang timbul apabila angin tayar motor terlebih keras dan jika isian angin kurang masalah yang lain pula mengundang.Sering juga dalam kesibukan urusan hari sampai terlupa mahu cek(periksa) angin tayar motor sendiri.Enjin motor dihidupkan dan terus perah minyak setibanya pada selekoh kegemaran tiba-tiba tayar motor terasa membuang,motor berayun..nasib baik tak terbabas ke tepi jalan.Turun motor,cek tayar baru sedar angin tayar kurang.Berderau darah seketika tadi,besar juga pokok dekat tepi jalan tu...dan itulah peringatan yang diterima kerana terlalu berkejar-kejar sampai terlupa isi angin tayar motor sendiri..selepas ini setiap pagi sebelum pergi kerja perlulah diperiksa tekanan angin tayar motor untuk keselamatan diri sendiri .

Gambar cara pam angin tayar motor 

Cara Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin


Alat penyukat tekanan angin  tayar amat memudahkan pengguna motor untuk mendapat sukatan tekanan angin yang tepat.Jika anda belum memiliki alat ini bolehlah intai-intai di kedai spare part motor dan jika suka membeli online boleh dapatkan disini.Namun sementara anda belum memiliki alat ini boleh mencuba teknik klasik ini..Cara

Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin

Kenapa perlu tahu teknik ini?
Ini kerana seringkali terjadi pam angin di stesen minyak mengalami masalah meter rosak atau anda menggunakan pam angin tangan dirumah atau mungkin juga terpaksa isi angin tayar motor sendiri di bengkel motor kerana mekaniknya terlalu sibuk urusan lain.Jadi inilah masanya anda menggunakan skil yang anda miliki itu untuk menyelesaikan kesulitan anda.Mari kita pelajari langkah- langkahnya


  1. Buka penutup bar tiub
  2. Isikan angin mengikut kiraan 1-5 saat dan berhenti
  3. Picit tayar untuk merasa kekerasan tayar.
  4. Jika dapat picit bermakna tayar masih kempis dan isikan lagi seperti langkah 2.
  5. Sesudah tayar keras,untuk tayar depan kempiskan balik sehingga tayar sedikit turun apabila di picit.Sedikit saja.


Angin tayar  belakang perlu diisi sedikit lebih dari tayar depan.Bermakna jika kekerasan tayar belakang sama dengan kekerasan tayar depan yang sudah ideal tadi lalu tambahkan lagi angin tayar belakang mengikut kiraan 1 hingga 10 saat dan berhenti.Selesai.

Semudah itu sahaja Cara Pam tayar motor sendiri
Tanpa penyukat tekanan angin.Setelah itu anda bolehlah meluncur laju dengan selesa ketempat yang dituju tanpa rasa bimbang tayar membuang atau hilang nombor plate belakang akibat skru tercabut dek kerana sukatan angin tayar motor tak tepat..:p
sekian salam jumpa lagi..

Tukar Plug Motor

Tukar plug motor adalah perkara asas yang patut diketahui oleh semua pengguna motor kerana masalah plug rosak,plug mati atau plug shot sering berlaku secara tiba-tiba.Buku panduan motor pun juga mencatatkan cara tukar plug sebab itu adalah perkara penting.Disini saya buat tambahkan sikit untuk anda iaitu cara selamat tukar plug motor

Cara selamat dari masalah thread benang plug rosak atau plug tercabut di tengah jalan.


Sebelum tukar plug pastikan enjin motor sejuk dahulu.Buka plug dalam keadaan enjin panas juga punca benang lubang plug rosak.

Semasa pasang plug dimestikan guna tangan dahulu.Perhatikan hala kedudukan lubang  ke arah mana.Masuk dan pusingkan arah jam untuk pasang dan lawan jam untuk
buka plug.

Setelah itu baru gunakan sepanar plug untuk ketatkan.Ketatkan berpada-pada,jangan ketat sampai rosak lubang plug dan jangan pula longgar sebab mampatan enjin boleh tendang plug bila-bila masa sahaja.

Gambar sepanar plug
Sepanar plug


Ops! Tunggu test plug dulu sebelum pasang plug.Itu sahaja tentang cara selamat tukar plug motor.Moga manfaat..

Cakap pomen : ' spare plug baru dan sepanar pada motor '