Sunday, January 13, 2019

PURGING VS BREAKOUT #VCS by Annona


Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka?
Ada 2 perkara yang mungkin berlaku.
Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout.
Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout?
Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut?
Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami.
.

PURGING

Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut.
Kemudian, tiba-tiba berlaku purging.
Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.
Kulit anda akan kemungkinan akan purging jika produk itu mengandungi :
  1. Hydroxy Acids ( asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic )
  2. Retinoid ( adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) – ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik.
  3. Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum.
  4. Exfoliant.
  5. Benzoyl peroxide.
Purging akan naik di tempat yang jerawat anda selalu naik. Kalau di dagu, memang dagulah lokasi purging akan berlaku.
Jadi, andai kata anda sedang menggunakan vitamin C Serum, dan tiba-tiba naik whiteheads, small zits atau jerawat halus, dan ia naik di tempat yang memang lazim jerawat selalu naik, kemungkinan besar itu adalah PURGING.
Namun, tak semua orang mengalami purging ini.
Jika berlaku purging, apakah yang patut di lakukan ?
Saranan saya :
• Teruskan penggunaan produk tersebut seperti biasa namun kurangkan kuantitinya.
• Jika pakai serum, kurangkan titisan serum.
• Jika pakai esen, kurangkan penggunaan esen.
• Mengurangkan kekerapan penggunaan produk kepada 1 hari sekali saja iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2-3 hari juga adalah satu cara untuk memberi masa pada kulit anda beradaptasi pada bahan aktif di dalam produk.
Tempoh masa yang di ambil untuk purging betul-betul hilang ialah 4 minggu.
Sesentengah orang mungkin lebih.
Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabil semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.
Inilah purging.
.

BREAKOUT

Bagaimana pula nak tahu kulit yang memang betul-betul breakout?
  1. Breakout ialah reaksi kulit akibat liang pori yang tersumbat, alergi atau iritasi akibat bahan di dalam produk.
  2. Jika produk penjagaan kulit anda TIDAK mengandungi salah satu bahan yang saya nyatakan di atas di mana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Produk tersebut juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang comedogenic iaitu bahan yang boleh menyumbatkan liang pori.
  3. Jika jerawat itu muncul di kawasan-kawasan yang tak pernah dinaiki jerawat sebelum ini, jelas ada sesuatu bahan di dalam produk kulit anda yang skin anda tak boleh tolerate.
  4. Jika jerawat itu muncul sudah berbulan-bulan lamanya diikuti pakej bengkak dan nanah serta tidak menunjukkan tanda untuk surut.
Jadi, saranan saya apabila keadaan ini berlaku, hentikanlah penggunaan produk tersebut serta-merta kerana ia adalah BREAKOUT.
Segeralah dapatkan rawatan yang tepat untuk merawat breakout sebelum kulit anda menjadi lebih teruk.
Silakan #SHARE ilmu kulit ini supaya kawan-kawan anda juga tidak lagi keliru.
Dapatkan Vitamin C Series (VCS) by Annona sekarang.

VCSAnnona

CantikTakPerluSuntik

RawatKulitDenganBetulDanSelamat

Apa itu pembaharuan kulit & kenapa anda perlu tahu? By Skinvalet Medispa

Perkara pertama sekali, apakah pembaharuan kulit yang kita nak bincangkan?
Mungkin ramai tak tau – kulit anda adalah organ paling besar dan paling cepat pertumbuhannya dalam badan anda. Sebab kulit organ paling pesat berkembang kerana keupayaan luar biasa memperbaharui sepenuhnya setiap 28 hari. Proses pembaharuan ini bermula di bahagian paling bawah epidermis dan dalam masa 28 hari sel ini membentuk lapisan epidermis sehingga sampai ke permukaan kulit kita.
Jadi, pembaharuan kulit yang macam mana mempengaruhi kondisi kulit kita?
Sebenarnya, semakin kita berumur, pembaharuan kulit akan jadi perlahan disebabkan penurunan metabolisma kita. Perlahan nya pembaharuan kulit boleh mengakibatkan:
  1. Kulit nampak kurang bermaya.
  2. Tanda tanda penuaan pada kulit wajah.
  3. Permukaan kulit yang agak kasar.
  4. Warna kulit tidak sekata.
  5. Warna kulit nampak pucat.
Jadi, jika salah satu atau semua yang di atas nie terjadi pada kulit anda, itu mungkin tanda tanda pembaharuan kulit anda semakin perlahan berbanding sebelum nya.
Sebagai panduan, berikut adalah bilangan hari pembaharuan kulit mengikut umur:
  • Babies: 14 hari
  • Teenagers: 21-28 hari
  • Middle Age: 28-42 hari
  • 50 ke atas : 42-84 hari
So, bila bandingkan bayi dengan individu lebih daripada 50 tahun umur, bayi akan memperbaharui kulit mereka setiap dua minggu, manakala individu di pertengahan usia mungkin mengambil masa sehingga 12 minggu untuk proses yang sama berlaku. So, berdasarkan FAKTA inilah sebabnya mengapa kulit bayi sentiasa lembut, licin dan glowing.
Selain usia, antara faktor lain yang menentukan bagaimana pantas atau perlahan kulit kita akan memperbaharui dirinya ialah:
  1. Genetik.
  2. Gaya hidup & persekitaran.
  3. Status kesihatan.
  4. Pengambilan ubat ubatan.
  5. Skincare rejim.
Terdapat 3 langkah mudah yang boleh anda ambil untuk menyokong pembaharuan kulit:
  1. Gunakan perlindungan matahari dalam bentuk SPF 50 + setiap hari – cahaya UV daripada cahaya matahari boleh merosakkan sel-sel di lapisan Germinative epidermis kita; Ini melambatkan kadar pembahagian sel dan pembaharuan.
  2. Pastikan fungsi halangan semulajadi anda dilindungi – ini bermakna menggunakan produk yang betul (terutama pelembap) untuk kulit anda dan mengelakkan apa-apa dalam gaya hidup anda yang boleh menjejaskan halangan kulit anda (seperti agresif meresap, produk pelucutan, pancuran mandian panas dan lain-lain).
  3. Kerap ‘exfoliate’ (menggunakan exfoliant yang sesuai untuk kulit anda) – pengelupasan membantu melicinkan kulit kerana teknik pengelupasan membuang sel kulit mati.
Petua penjagaan kulit untuk membantu pembaharuan kulit.
Terdapat beberapa jenis treatment di Hannan Medispa Bangi & produk Hannan Cosmetics direka khusus untuk membantu pembaharuan kulit kerana treatment & produk mempercepat proses pembuangan sel kulit mati dan merangsangan lapisan bawah kulit yang bertanggungjawab untuk pembahagian sel (lapisan germinativer).
Memahami treatment & produk yang betul untuk kulit anda penting kerana jika berlebihan atau tersalah pilih boleh membawa kepada masalah lain pula.

Layari Skinvalet, Medispa Wajah No.1 di Malaysia untuk lebih info!

Monday, December 31, 2018

Motor skuter tak boleh jalan

Gambar belt
belting 


Motor skuter memang mudah dan sedap naik,pulas saja minyak terus  jalan dan tak perlu ribut tukar masuk gear.Pada saya motor skuter memang best sebagai motor pergi kerja di bandar pesat banyak kenderaan,untuk ke pasar pun terbaik sebab banyak barang boleh muat.

Jika anda mahu beli motor baru untuk kegunaan harian saya syorkan belilah sebiji skuter dan anda akan puas hati.

Ok,persoalaannya adakah motor scooter   tak cerewet dari segi penyelenggaraan kondisinya.Pada saya ia sama sahaja seperti motor biasa guna gear,tak ada beza.Setiap bulan anda perlu ke bengkel untuk membuat pemeriksaan kondisi motor itu bagi memastikan ia kekal sihat.Minyak hitam,plug,air bateri,servis penapis angin adalah perlu dipantau setiap bulan,semudah itu sahaja.

Macam mana dari segi ketahanan,adakah skuter lebih tahan dari motor manual?

Saya berpendapat ia bergantung kepada cara guna motor oleh si pemakai dan selain itu adalah kualiti motor itu.Kalau si pemakai agak kasar caranya maka lebih cepat rosak la motor itu,saya juga selalu perhatikan pemilik skuter memang suka perah minyak( throttle) mengejut mungkin asyik dengan pick up motor skuter yang best itu.Apa kesannya dengan cara tunggangan seperti itu?

Motor perah minyak tak boleh jalan


Skuter adalah motor dengan enjin automatik dan ia tidak menggunakan rantai dan sprocket seperti mana motor manual tapi pasti ia mempunyai tranmisi untuk bergerak/jalan.

Sistem belting pada skuter cukup lancar semasa menunggang dan ia juga lebih senyap dari sistem gegancu(sprocket).Jika sprocket sudah haus bermakna pemilik perlu menggantikannya dan begitu juga dengan belt(tali sawat) perlulah diganti apabila sampai waktunya.

Selain belt beberapa barangan sokongan lain seperti bola pulley, rumah pulley serta auto belt perlu diperiksa jika berlaku haus(rosak) juga diganti baru.Tapi barangan ini tidak
semestinya wajib ganti,hanya jika perlu.Kos menukar belting skuter berserta barangan disebut dalam anggaran  MYR 300 kebawah.Memang mahal kann..berbanding rantai sprocket,MYR 50 kebawah untuk satu set.Harga tukar rantai sprocket adalah jauh lebih jimat berbanding menukar belt lengkap.

Gambar pulley belt scooter
Roller pulley 


Seperti tajuk hari ini motor perah minyak tak boleh jalan itu adalah tanda menunjukkan belting skuter anda sudah putus.Punca belt putus disebabkan tempoh penukarannya dilanjutkan ertinya sudah terlalu lama digunakan.

Selalunya kita dapat kesan lebih awal sebelum masalah ini berlaku iaitu enjin  berbunyi semasa berjalan.Sebaiknya sewaktu itu perlu disegerakan membuat pemeriksaan lanjut di bengkel.Itu adalah lebih baik sebelum anda menolak skuter sebab tak boleh jalan di tepi highway.

Di mana tempat belt pada skuter?


Ok,saya tunjukan kepada anda di mana tempat /lokasi drive belt pada motor skuter anda.Lihat gambar di bawah ini.


Gambar lokasi belt skuter



Tak ada masalah jika memiliki skuter sebagai motor tunggangan harian ia tidaklah membabitkan penyelenggaraan begitu tinggi jika ia diselenggara mengikut jadual yang betul.Servis awal boleh menyelamatkan kerosakan total dan menjimatkan belanja pemilik.

Berpadanan jika saya katakan jika kita belanja MYR 120 untuk menukar belt sahaja dalam tempoh masa 6 bulan(20km/hari) atau lebih.Dengan jarak waktu tukar yang lama sudah tentu dikira jimat bukan.

Cakap Pomen Motor " tunggang dengan cermat untuk elak kerosakan total,jangan tunggu motor skuter anda tak boleh jalan baru mahu tukar belt..:p
wassalam.."

Minyak hitam synthetic

Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya


Mengenai minyak hitam synthetic sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka..

Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini.

Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunakan 90% minyak bumi dan 10% adalah ubat(addictive).Minyak semi-synthetic juga berbeza di antara keduanya iaitu menggunakan 30% bahan synthetic dan 70% mineral.

Apapun yang jelas minyak mineral adalah paling banyak digunakan untuk motor kerana harga yang menjimatkan berbanding synthetic berlipat ganda perlu dibayar untuk satu liter botol minyak.Harus tahu minyak motor mineral adalah masih kasar(komponen zarah) pembuatannya,hanya sekadar minyak  jadi minyak ini sesuai untuk enjin lama yang bergerak perlahan tanpa prestasi cermerlang yang dituntut oleh sebuah enjin yang sentiasa berkerja keras atau pada sebuah enjin moden
yang berkelajuan tinggi.Terciptanya minyak hitam synthetic asal adalah kerana kekurangan minyak bumi di negara tertentu jadi untuk memenuhi permintaan mereka telah mereka cipta di makmal terdahulu dengan kerja  mengekstrak dan campuran bahan kimia untuk menjadikan ia sejenis minyak yang begitu halus,bersih dengan prestasi begitu menkagumkan.

Kelebihan minyak synthetic 


Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik - dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan dalam ujian dan itulah antara kelebihan minyak hitam synthetic.

Indeks yang tinggi di atas 180 pada minyak synthetic adalah sifat asalnya menjadikan ia kadang kala tidak perlukan penambahan ubat   sepertimana minyak mineral dengan indeks di bawah 120.

Setiap minyak hitam akan berlaku perubahan kelikatan pada suhu semakin panas,ia mula berubah dari pekat kepada cair.Jika minyak itu lebih cepat berubah bermakna ia mempunyai kadar indeks yang rendah dan sebalik berlaku jika dengan kadar indeks
yang tinggi seperti minyak synthetic.

Solusi untuk mengatasi masalah itu,sedikit sedikit impruvasi pada indeks dibuat dengan bahan dinamakan Viscosity Index Improver (Vii).Kekurangan minyak dengan Vii yang tinggi pula adalah ia merosot dalam beberapa tempoh waktu diguna pakai.Kelebihan lagi untuk minyak synthetic yang kekal lebih lama penggunaannya,bermakna waktu tukar minyak turut dilanjutkan.


Ciri minyak synthetic 


Minyak hitam dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza ciri pembembuatannya.Di sini juga menentukan sama ada minyak itu adalah minyak mineral,semi-synthetic atau full synthetic atau fully -synthetic

Kumpulan 1,2 adalah minyak mineral iaitu paling jimat harga serta paling popular digunakan pakai pada kenderaan komersil.Kumpulan 3 ialah minyak mineral berprestasi tinggi dengan pembaikan.Kadang-kala minyak ini juga dilebal pada botol sebagai minyak synthetic pada negara tertentu.Ini adalah kerana terdapat pencanggahan diantara komponi pengeluar minyak hitam pada suatu masa dahulu.Kumpulan 4,5 ini ialah minyak betul-betul synthetic 'full synthetic'.5 menggunakan bahan kimia ester dan 4 menggunakan Polyalphaolefin(PAO).Saya percaya minyak motul ada menggunakan ester.Pennzoil pula dikatakan di antara minyak synthetic terbaik dengan menemui formula mengekstrak dari gas asli.


Oleh kerana pencanggahan pada kumpulan 3 itu dengan minyak full synthetic maka timbul keraguan yang mana satu minyak 100% synthetic dan apakah ciri
perbezaannya?.

Mineral +additive
 =mineral atau full synthetic

Synthetic(PAO,ester)+additive
=100% synthetic

Tidak ada yang menjamin yang mana satu 100% minyak hitam synthetic,ia terserah kepada komponi pengeluar jika mahu melebalkan sebagai 100% synthetic atau full synthetic yang dilabel pada botol.SAE,Api atau JASO hanya menjalankan ujian dan memberi gred kelikatantidak pedulikan unsur digunakan samada asas minyak bumi atau synthetic.

Pakej Servis motor,mekanik buat apa?

Gambar servis motor


Mungkin anda pernah dengar
perkataan servis karburator ataupun servis enjin tapi bagaimana pula dimaksudkan dengan servis motor  berpakej? 



Selain menukar minyak enjin serta plug,anda juga boleh memilih untuk membuat servis motor anda pada waktu yang sama.Terdapat 2 jenis servis dengan pakej berbeza yang boleh anda pilih samada servis biasa atau full servis.

Kepentingan membuat servis sebenarnya adalah untuk mengembalikan kesehatan motor yang telah digunakan supaya mencapai standard asal keluarannya.Tapi jangan mengharapkan lebih,mengharapkan motor lebih laju seumpamanya kerana itu ialah kerja menaiktaraf (upgrade) motor.Servis motor boleh di ertikan sebagai satu langkah kerja membuat pemeriksaan pada bahagian tertentu pada motor bergantung kepada jenis servis yang anda pilih ,jika terdapat kerosakan
maka mekanik akan memperbaikinya atau menukar alatganti lain dan anda akan dikenakan caj bayaran lain ke atasnya selain kos servis.

Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh mekanik semasa servis motor adalah terbahagi kepada 2 pakej iaitu servis biasa dan full servis.Cara membuatnya pula terpulang kepada jenis enjin pula samada enjin jenis 4-lejang atau 2-lejang.

Pakej servis motor 4-lejang(stroke)


Servis biasa;


  • Servis karburator
  • Servis/tukar penapis udara tukar
  • Tukar minyak enjin
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar



Full Servis;

Semua item pada servis biasa dan pakej tambahan;


  • Cuci kepala piston
  • Cuci Head Cylinder 
  • Grind Valve 
  • Laras Tappet
4-stroke ">

Apabila anda memilih membuat full Servis ia adalah termasuk membuat Top Overhaul.Full servis tidak digalakkan dibuat pada motor baru atau kondisi masih baik sebaliknya dibuat pada motor yang agak berusia dan telah kehilangan kuasa.Disini mekanik dapat kesan kondisi  barangan dalaman enjin samada masih boleh digunakan atau perlu digantikan baru.Tapi ia terpulang atas kemahuan anda
mengikut 'bajet' yang ada :)


Servis motor 2-lejang


Servis biasa;


  • Cuci karburator 
  • Cuci silencer ekzos
  • Cuci air filter/tukar
  • Tukar minyak  enjin 
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar


Tiada perbezaan di antara servis biasa untuk motor 4-lejang dengan 2-lejang kecuali
satu kerja tambahan iaitu pada bahagian silencer ekzos.
Kita lihat pula kerja yang dibuat bila anda memilih membuat full servis

Servis penuh/full servis;


  • Semua kerja pada servis biasa
  • Membersihkan kepala silinder(piston) 
  • Servis blok
  • Buang karbon Ekzos
Gambar servis motor 2-stroke


Item-item didalam pakej servis motor untuk 4-lejang ataupun 2-lejang boleh ditambah atau ditolak berpandukan apa yang mekanik syorkan.

Bagaimana dengan servis percuma?


Servis motor percuma adalah bermaksud mekanik tidak akan mengenakan sebarang bayaran ke atas kerja yang telah dibuat melainkan hanya barangan  yang ditukar perlu dibayar(harga jualan) contohnya minyak enjin,plug serta gasket.Jika harga jualan minyak enjin ialah RM20 maka itulah kos yang anda perlu bayar,tidak ada tambahan RM 2 sebagai upah tukar.. :)

Biasanya servis percuma diperolehi beberapa kali  jika anda sebagai pembeli motor baru.Ia dikira saguhati dari kedai jual motor tersebut dan anda mungkin perolehi servis percuma sebanyak 2 kali di situ.Kadang juga terdapat servis percuma di mana adanya promosi jualan barangan motor atau pameran motor misalnya daripada pihak bengkel tertentu.Kebanyakan pakej servis percuma adalah jenis servis biasa bukan full service.

Manfaat selepas membuat servis 


Jika semua kerja dibuat sempurna pastinya selepas motor di servis anda akan mendapati perbezaan,motor anda lebih 'segar',perjalan lebih lancar dan kembali seperti bertenaga mengikut standard asalnya.Manfaat lain membuat servis (full service  ) ialah anda dapat mengesan dari awal berkemungkinan telah menimpa pada motor anda tanpa disedari (elak kerosakan lebih berat berlaku).


Kekerapan membuat servis 


Kekerapan membuat servis bergantung kepada faktor berapa jauh perjalanan anda lalui atau juga di atas faktor keadaan jalanraya yang kerap dilalui,contohnya anda kerap melalui jalanraya agak berdebu maka adalah lebih kerap anda dituntut menservis motornya.

Kadang anda tidak perlu menunggu waktu sama dengan waktu menukar minyak enjin,anda boleh buat lebih lebih awal jika dirasakan perlu.Soal minyak adalah salah satu item dalam pakej servis tidak menjadi halangan,ia boleh di tolak (ditangguh tukar).Begitu juga dengan item-item  yang lain.

Timing chain motor berbunyi perlu tukar segera

Cerita tentang kesan enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur dan kesannya kepada motor 


Cakap Pomen Motor-Fungsinya timing chain(rantai kecik) ialah untuk perhubungan antara Chamshaft dengan Crankshaft.Chamshaft sebagai komponen pengawal injap masuk dan buka(untuk motor 4-stroke) akan mengikut putaran Crankshaft seperti mana bekerja rantai dan sprocket motor.Perbezaan cara kerja timing chain berbanding rantai sprocket ialah apabila saat ia kendur.Rantai sprocket boleh diregangkan secara manual manakala timing chain enjin motor menggunakan penyelarasan secara automatik dengan alat disebut Tensioner.

Malangnya jika alat pelaras itu tidak lagi mampu berfungsi setelah keadaan timing chain sudah terlalu panjang.Keadaan ini kita dapat kesan apabila enjin motor itu mengeluarkan bunyi bising seperti benda bergesel.Jalan penyelesaian untuk memperbaiki masalah enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur/longgar dengan menukar kepada timing chain baru.

Pentingkah menukar timing chain yang rosak?


Ya memang penting!.lagi kita perlu awasi timing chain ini kerana seperti yang saya cakap tadi,pada sebuah enjin 4-stroke ia adalah alat perhubungan antara crankshaft dengan Chamshaft.Koneksi ini ialah untuk menentukan masa minyak petrol diambil masuk,dibakar dibuang sisanya mengikut aturan lejang yang telah ditetapkan untuk membolehkan enjin hidup.

Jadi apabila berkeadaan kendur ini membuatkan aturan pembakaran enjin sudah sedikit lari dari standardnya lalu sedikit sebanyak ada kesannya pada perjalanan enjin.Oleh itu segeralah menukar timing chain yang sudah rosak sebelum ia mengganggu tunggangan anda.

Timing putus


Kalau rantai spoket boleh putus begitu juga dengan timing chain,tapi cuma peratusan kejadian timing chain motor putus amat kecil.Apapun timing chain kendur jika dibiarkan adalah berisiko untuk ia putus dan kesannya akan membawa kerosakan serius pada enjin.

Timing chain bunyi minyak hitam tak naik


Ada beberapa jenis enjin yang gunakan timing chain sebagai alat untuk menggerakkan pam minyak hitam seperti dilihat pada enjin Honda c70 atau ex5.Pada situasi timing chain mula mengeluarkan bunyi ia adalah merupakan satu amaran kepada tuan empunya motor itu untuk membuat pemerikaaan serta menggantikan timing chain yang sudah rosak itu.Sebabnya timing chain berbunyi kuat akan berserta sekali dengan kerosakan Oil Pump Gear.Kerosakan alat ini akan menyebabkan minyak hitam tak mengalir kesemua bahagian enjin seperti yang sepatutnya,pomen sebut 'minyak hitam tak naik',dan salah satu punca enjin jammed(kejang) adalah berpunca dari permasalahan aliran minyak hitam.

Gambar timing chain ex5

Awasi timing chain motor anda


Jadi itulah betapa penting untuk kita awasi dan prihatin jika enjin berbunyi khasnya disini melibatkan timing chain kerana ia akan melibatkan permasalahan berjangkit,macam wabak jugalah..:)

Waktu tukar timing chain motor tidak diberitahu didalam buku panduan motor tapi tipsnya bila enjin mula berbunyi seperti yang diterangkan terus saja buat pemeriksaan di bengkel.

Jangan dilengah-lengahkan ya..untuk menyelamatkan daripada ia menjadikan kerosakan lebih serius pada enjin motor anda.Jangka hayat timing chain asal motor agak lama juga,boleh digunakan mencapai 3 ke 4 tahun tapi setelah sekali membuat penukaran,1 tahun mendatang anda terpaksa menukarnya lagi.Ini berkaitan kualiti alatganti itu sendiri,jadi saya syorkan gunakan timing chain set original.

Tukar mentol lampu motor depan belakang

Cara Tukar mentol lampu motor Honda ex5 depan belakang


Belajar lagi perkara asas dalam kerja mekanik motor iaitu cara tukar mentol lampu motor ex5.Oleh kerana perkara ini agak 'simple' jadi saya bawakan kepada anda dalam bentuk sketsa.Ok,mari kita perlajari cara menukar mentol lampu untuk gantikan mentol mati atau yang dah bakar tu.

Taukey: ' pomen kau tukar mentol lampu  motor ex5 tu depan belakang boleh?'

Pomen:' macamana cara tukar mentol chief?'

Taukey:' begini teknik dia..nak tukar lampu depan kau ambil skru driver dan kau buka 2 biji skru tepi lampu tu.hah,buka dulu aku nak tengok'.

Gambar lampu depan ex5


Pomen:' OK chief, saya cuba buat'.

Krek..krek..krek..hampir  5 minit pomen aku belum berjaya lagi buka lampu depan motor ex5 tu.


Taukey:' ada masalah ke pomen?'

Pomen:' tak boleh bukalah Chief,ketat sangat skru ni ha'

Taukey:' mari aku tengok..skru lampu depan ex5 ni memang selalu bermasalah..kau perlu berhati-hati,kalau tak guna spana yang baik boleh 'lus' skru ni tau..'

Pomen:' jadi macamana nak buka skru yang ketat ni Chief?'

Taukey:' begini caranya..gunakan spana T 8' dengan mata impact driver yang halus tajam.Cuba kau buat..Nanti! Ketuk sikit mata tu bagi dia rapat sikit kalau tak lus nanti'

Gambar spanar
Mata impact dan spanar T 8'




Dalam kurang 3 saat pomen telah berjaya membuka lampu depan ex5 tu

Gambar cara buka lampu ex5


Pomen:' OK chief ,langkah selanjutnya Chief?'

Taukey:' apa lagi bukalah socket mentol ni..kau tekan dulu dan kau pusing socket arah lawan jam.nanti masa nak pasang menthol kau buat macam ni jua cuma pusing ikut jam' 

Gambar buka lampu motor


Setelah dicabut mentol dan ditukar dengan baru sekarang tibalah masa nak pasang mentol baru

Pomen:' chief ,mentol ni masuk macam ni kan?'

Gambar mentol


Taukey:' ya,betul la tu.lepas kau pasang socket mentol tu cuba hidupkan enjin test lampu menyala atau tak'

Pomen:' OK chief. Lampu menyala terang atas bawah chief . Dah boleh tutup balik kan chief '

Taukey:' ya..lepas tu tukar mentol lampu belakang pulak.sama juga caranya'

Gambar lampu belakang
Lampu belakang ex5



Pomen:' i..i.. Chief'

Gambar lampu belakang
Perbezaan mentol depan dan belakang


Selesai sudah kerja tukar lampu motor Honda ex5.Sekian belajar baiki motor untuk kali ini Tukar Mentol Lampu Motor Depan Belakang..bersambung kita bab akan datang dengan tajuk baru..insyallah